fbpx

Lelaki rosakkan 8 motosikal Honda guna kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu merosakkan sejumlah motosikal jenama Honda menggunakan sebatang kayu. - Instagram

NEW DELHI – Satu klip video yang  tular di Sarwasa, India memaparkan seorang lelaki mengamuk dan merosakkan lapan motosikal baharu yang berada di dalam sebuah kedai, lapor saluran berita Viva.co.id semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lowslowmotif, lelaki itu dilihat memukul sejumlah motosikal jenama Honda menggunakan sebatang kayu yang panjang. 

Pukulan kuat menyebabkan beberapa motosikal hancur dan rosak. 

Bahkan, serpihan juga kelihatan bertaburan di atas lantai. 

Dia dipercayai mengamuk gara-gara perselisihan faham dengan saudaranya yang merupakan pemilik kedai tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Tak perlu dipukul, nanti sendiri yang sakit,” sindir seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI