fbpx

KPDN pelawa lebih ramai sertai kempen ‘Jom Kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah ketika hadir melancarkan Jelajah Pertama 'Jom Kosong' Peringkat Zon Selatan di sebuah kedai makan Jalan Sultanah di Kluang hari ini.

KLUANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpukan usaha untuk menarik lebih ramai pengusaha menyertai kempen ‘Jom Kosong’ yang dilancarkan 11 September baru-baru.

Inisiatif ini adalah usaha menyokong Kempen Perangi Gula yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson pada 8 September lalu.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh sehingga kini hampir 14,000 pengusaha kedai makanan di seluruh negara sudah menyertai kempen ini dan dijangka lebih ramai lagi yang akan turut serta.

Katanya, Kempen ‘Jom Kosong’ menyasarkan pengurangan penggunaan gula dalam minuman dan makanan, mana-mana pengusaha restoran yang menyertai kempen ini akan bersama-sama untuk mengurangkan gula dalam makanan dan minuman yang disediakan mereka.

“Kempen ini bertujuan untuk mendidik pengguna tentang risiko kesihatan seperti diabetes, yang kini
menjejaskan 18.3 peratus populasi dewasa di negara ini.

“Di Negeri Johor sahaja terdapat 688 pengusaha restoran sudah menyertai kempen ini dan Ia adalah sebahagian kira-kira 14,000 pengusaha yang sudah menyatakan komitmen untuk bersama kempen ini,” katanya kepada pemberita ketika hadir dalam Jelajah Pertama ‘Jom Kosong’ Peringkat Zon Selatan di sebuah kedai makan Jalan Sultanah di Kluang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI