fbpx

Kesesakan melampau di Tol Gombak ketika ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini trafik di Lebuh Raya KLK ketika ini.

PETALING JAYA – Keadaan trafik sesak menuju Pantai Timur dilaporkan sedang berlaku di Tol Gombak ketika ini.

Tinjauan Kosmo! di laman sesawang Jalan Now menunjukkan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) itu kini sedang sesak dengan kenderaan yang menuju ke destinasi negeri Pantai Timur.

Bukan sahaja di Tol Gombak, malah laluan Lebuh Raya Karak juga kini mengalami kesesakan apabila kadar kenderaan memasuki lebuh raya utama itu semakin tinggi.

Kesesakan berlaku akibat daripada cuti am Hari Malaysia dan Maulid Nabi disamping cuti sekolah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI