fbpx

Kementerian Digital sedia bantu perkasa Dasar Pendidikan Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind ketika berucap di ketika berucap di majlis pelancaran Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) dan Karnival Antarabangsa MyDigitalMaker, hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Digital sedia membantu Kementerian Pendidikan memperkasakan Dasar Pendidikan Digital dalam melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata, ia secara tidak langsung memperbanyakkan tenaga pekerja digital tempatan di masa hadapan.

“Saya harap inisiatif seperti ini dapat diteruskan dengan komitmen tinggi supaya negara tidak ketandusan bakat dan inovasi yang diperlukan.

“Program berkaitan kandungan digital perlu diperluas ke sekolah-sekolah. Agensi-agensi di bawah Kementerian Digital sedia bantu Kementerian Pelajaran menjayakan inisiatif-inisiatif sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) dan Karnival Antarabangsa MyDigitalMaker, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

MYDCF merupakan acara tahunan yang menghubungkan industri utama seperti animasi, permainan digital dan konvensional, teknologi kreatif, komik, serta e-sukan yang berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad.

Tahun ini, buat pertama kalinya, MYDCF diadakan seiring dengan Karnival Antarabangsa MyDigitalMaker, khas untuk pelajar dan guru mempamerkan projek inovasi sains dan teknologi mereka.

Gobind berkata, industri digital dijangka dapat mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 7.55 peratus sehingga tahun 2027.

“Industri kandungan digital di Malaysia mempunyai tenaga pekerja seramai kira-kira 10,000 profesional, dengan lebih 300 studio menyumbang kepada ekosistem ini.

“Sektor ini menawarkan potensi besar dalam pengembangan ekonomi dan kreativiti, dengan sokongan kerajaan melalui pelbagai inisiatif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI