fbpx

Jangan biar pemain tempatan ‘tersadai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan semakin sengit dengan kehadiran pemain naturalisasi dan warisan.

ANAK tempatan digesa untuk tidak terus ‘hanyut’ dengan mempamerkan semangat juang tinggi ketika berdepan saingan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) serta perebutan tempat dalam skuad Harimau Malaya yang semakin kompetitif ketika ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas pengendali kebangsaan, Datuk Dollah Salleh yang mengakui agak risau melihat situasi yang berlaku dalam arena bola sepak negara ketika ini.

Menurut Dollah, era bola sepak moden ketika ini semakin sukar apabila pemain kelahiran tempatan semakin dipinggirkan bukan sahaja di peringkat kelab, malah ketika panggilan skuad kebangsaan.

“Sebenarnya, lokal kita dah banyak tersadai. Tapi, kalau tanya saya, mereka tidak boleg ‘give up’ (menyerah kalah).

“Pemain-pemain tempatan kita kena ‘fight’ (terus bersaing dalam liga). Ini kerana (zaman) dulu pun macam tu.. pemain-pemain (lama) ketika itu bersaing sengit dengan import.

“Kita tidak boleh mengalah, bukan bermakna mereka datang sahaja kita kena keluar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Buat masa ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan semua pasukan Liga Super untuk mendapatkan sembilan pemain import dengan enam pemain dibenarkan berada dia atas padang dalam satu-satu masa.

Bagi peringkat kebangsaan pula, skuad Harimau sudah memiliki ramai pemain bertaraf naturalisasi dengan Endrick dos Santos, Paulo Josue dan Romel Morales dipanggil pada kempen Pestabola Merdeka sebelum ini.

Selain itu, pemain berdarah warisan turut mendominasi skuad kebangsaan seperti Matthew Davies, Daniel Ting, Dominic Tan, Dion Cools, La’Vere Corbin-Ong, Nooa Laine dan Darren Lok.

Malah, beberapa pemain berpangkalan di Eropah termasuk kapten kelab Burnley yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris (EFL), Josh Brownhill turut dikaitkan dengan skuad kebangsaan mada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI