fbpx

Isu babit rumah amal terkemuka dah lama dibentang, tapi… – Dr Maza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri.

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr Maza) mendedahkan, isu melibatkan rumah amal sebuah syarikat terkemuka sebelum ini sudah lama dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun ia tidak diberi perhatian.

Dr. Maza berkata, pihak yang terlibat membuat kajian tentang isu berkenaan telah berusaha bertahun-tahun lamanya dalam memastikan kes itu diambil tindakan.

Beliau berkata, mungkin disebabkan kegagalan itu pihak berkenaan memutuskan untuk membentangkan kes tersebut kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

“Kes itu tidak diangkat pihak bertanggungjawab (ketika itu) mungkin atas sebab tertentu. Mungkin enggan ambil risiko atau berpandangan isu ini dilihat tidak begitu besar atau sebahagian kepercayaan kumpulan ini ada juga kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan pihak wartawan yang memintanya mengulas tentang perkembangan kontroversi membabitkan syarikat berkenaan menerusi perkongsian video di Facebooknya, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, ‘kekarutan’ membabitkan syarikat terkemuka berkenaan perlu dihapuskan segera dan menegaskan bahawa kontroversi yang berlaku ini langsung tidak berkaitan dengan ajaran Islam.

“Kita ambil tanggungjawab ini. Sangat mustahak untuk kita tahu sebagai umat Islam dan bukan Islam, apa yang berlaku tiada kaitan dengan ajaran Islam.

“Saya amat bimbang jika ada yang anggap ini adalah ajaran Islam terutamanya kepada mereka yang bukan Muslim dan tidak mendapat maklumat cukup tentang Islam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Maza turut memuji tindakan berani Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang bertindak ke atas isu berkenaan.

“Terima kasih kepada Tan Sri. Dia bercakap kepada saya dan kami berbual tentang isu ini. Beliau ambil langkah yang kita semua amat puji. Ternyata apa saya sebut itu sedikit, tetapi apa yang mereka dedahkan lebih banyak,” tambahnya.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat terkemuka yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, ia susulan empat laporan yang diterima pihaknya yang dibuat di sekitar Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI