fbpx

‘Fattah! Kenapa sampai Fazura fail cerai?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI netizen meluahkan rasa sedih dan mempersoalkan apa kesalahan yang dilakukan Fattah sehingga isterinya, Fazura nekad memfailkan perceraian.

PETALING JAYA – Akaun media sosial pelakon Fattah Amin menjadi tumpuan netizen apabila ramai mahu mendapatkan pengesahan mengenai tindakan isterinya, Fazura memfailkan perceraian hari ini.

Rata-rata warga maya mempersoalkan apakah kesilapan yang dilakukan Fattah sehingga gagal menyelamatkan perkahwinannya dengan aktres jelita itu.

“Kenapa sampai nak bercerai. Apa yang jadi masalah? Sayang betul pasangan kegemaran ini.

“Berita ini sangat mengecewakan. Adakah benar khabar angin kecurangan menjadi punca perpisahan?

“Kenapa Fattah? Mengapa sampai Fazura perlu fail perceraian?,” demikian antara komen netizen.

Selain mengkritik dan meletakkan kesalahan di bahu Fattah, ada juga netizen mempertahankan penyanyi lagu Wanita Terakhir itu.

“Jangan hanya dengar sebelah pihak. Kita tidak berada di tempat mereka.

“Semoga urusan rumah tangga kalian dipermudahkan. Siapa tahu selepas bercerai boleh berbaik semula.

“Hanya kerana pihak wanita memfailkan perceraian, belum tentu lagi masalah rumah tangga itu berpunca daripada suami,” kata netizen lagi.

Hari ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Fattah Amin, 34, di Mahkamah Syariah Petaling.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Fattah tidak berjaya apabila pengurusnya dikenali sebagai Acha tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas kiriman WhatsApp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI