fbpx

EPL: Odegaard terpaksa rehat tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD dijangka terlepas aksi selama tiga minggu untuk proses pemulihan kecederaan buku lali yang dihadapinya ketika bersama skuad Norway.

LONDON – Pakar perubatan pasukan Norway, Ole Sand menjangkakan pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard hampir pasti terlepas aksi untuk tempoh selama tiga minggu, namun tidak berdepan kecederaan serius.

Odegaard berdepan kecederaan ketika aksi Liga Negara-Negara Eropah ketika aksi bersama Norway menentang Austria sehingga merencatkan perancangan Arsenal selepas mereka turut kehilangan Declan Rice dan Mikel Merino di posisi tengah.

Pemain berusia 25 tahun itu dilihat terbang pulang ke London selepas aksi tersebut menggunakan jet peribadi dan terpaksa menggunakan tongkat.

Bagaimanapun, Sand percaya bahawa playmaker Arsenal tidak berdepan masalah kecederaan yang terlalu serius biarpun pada mulanya dia dijangka mengalami keretakan atau patah, tetapi hampir pasti tidak akan diturunkan untuk perlawanan menentang Tottenham Hotspur hujung minggu ini.

“Ia hanya kecederaan buku lali yang mungkin mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih. Ia tidak terlalu lama atau proses pemulihannya mungkin akan menjadi lebih cepat.

“Hasil pemeriksaan pengimejan resonan magnetik (MRI) mendapati tidak ada kesan patah atau retak. Apa yang penting ketika ini adalah proses rehabilitasi untuk beberapa minggu akan datang,” katanya.

Kehilangan Odegaard untuk tempoh berkenaan menyaksikan dia bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Atalanta serta aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City dan Leicester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI