fbpx

EPL: Liverpool enggan cepat selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL tidak boleh mendabik dada biarpun tanpa kalah dan tidak bolos daripada tiga perlawanan awal EPL setakat ini. - AFP

LIVERPOOL – Kejayaan meraih mata maksimum dan kekal tanpa bolos dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak akan melekakan Liverpool kerana masih mempunyai banyak ‘kerja rumah’ bagi memastikan konsistensi pada saingan akan datang.

Pengurusnya, Arne Slot menjelaskan The Reds perlu membuktikan sesuatu yang lebih baik dalam aksi seterusnya sekali gus menjadikannya sebagai pengendali pertama mengekalkan empat perlawanan EPL tanpa bolos.

Slot, 45, berpendapat aspek pertahanan pasukannya kini bertambah baik dan ia menjadi perkembangan positif sebelum mereka menghadapi Nottingham Forest di Anfield malam esok.

Bagaimanapun, beliau merasakan tidak perlu melakukan perubahan drastik dan kekal berpendirian kejayaan pada tiga perlawanan awal tidak akan memberi makna besar jika gagal meneruskan aksi terbaik pada aksi seterusnya.

“Biasanya saya tidak gunakan perkataan bangga tetapi saya fikir apa yang kami sudah lakukan tugas dengan baik dalam tiga perlawanan. Kami tetap melakukan kerja walaupun tanpa bola dan cuba berikan tekanan kepada lawan.

“Saya lihat semua orang bekerja keras untuk melindungi Alisson Becker (penjaga gol Liverpool). Tiada perbezaan ketara, jika kami ikuti Liverpool, pasukan ini sentiasa lakukan tekanan di garisan lebih tinggi dan itulah juga yang kami lakukan sekarang.

“Seperti saya katakan, dua aksi awal menentang Ipswich (Town) dan Brentford adalah cukup sukar. Permulaan yang bagus tetapi jelasnya kami masih ada benda yang perlu kami buktikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI