fbpx

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Hussein Ahmad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah dimuat naik di laman Facebook Wan Rosdy hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad, 90, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Kampung Lemal, Pasir Mas, Kelantan pagi tadi.

Perkembangan mendukacitakan itu dikongsikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebooknya tadi.

“Mendapat perkhabaran sedih pemergian Allahyarham Tan Sri Datuk Hussein Ahmad bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan awal pagi tadi.

“Besar jasa Allahyarham kepada parti sepanjang hayatnya terutamanya dalam perjuangan UMNO untuk membela agama, bangsa dan negara,” katanya.

Wan Rosdy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI