fbpx

Batang pisang keluarkan buah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sugeng bersama pokok pisang yang berbuah dari batang di Klaten, wilayah Jawa Tengah. - Tribun Solo

JAKARTA – Seorang lelaki di Klaten wilayah Jawa Tengah terkejut apabila mendapati pokok pisang kepok di kebunnya berbuah pada bahagian batang pokok, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Lelaki dikenali sebagai Sugeng menyifatkan perkara itu sebagai luar biasa kerana pokok pisangnya berbuah dengan cara berlainan. 

“Pokok pisangnya unik. Orang ramai juga hairan kenapa ia tumbuh seperti ini (dari batang),” kata Sugeng. 

Lebih mengejutkan apabila tanaman setinggi 2.5 meter itu sudah berbuah meskipun belum ‘matang’. 

“Pokok ini belum matang tetapi sudah berbuah dari tengah,” tambahnya. 

Sugeng juga berharap pokok pisang ini menjadi penanda kebaikan meskipun dianggap aneh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI