fbpx

Bantuan cukup, keluarga nelayan rayu sumbangan untuk anak dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (kanan) bersyukur apabila ramai pihak yang membantu anaknya untuk menyambung pengajian ke USM pada bulan depan.

PASIR PUTEH – Keluarga kepada seorang anak nelayan yang sebelum ini berdepan masalah kewangan sehingga hampir melupakan hasrat untuk menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) memohon agar sumbangan orang ramai dihentikan.

Awang Mat Nor, 62, berkata, dia amat tersentuh dengan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia kerana ramai yang tampil menyalurkan sumbangan kepada anaknya, Wan Nur’alyaa Syaza, 20, yang kini sudah mencecah RM30,000.

Menurutnya, jumlah tersebut sebenarnya sudah melebihi daripada keperluan anaknya untuk mendaftar seterusnya menyambung pengajian di USM Pulau Pinang pada 4 Oktober depan.

“Justeru, saya rasa sumbangan kepada Wan Nur’alyaa Syaza perlu dihentikan bagi memberi laluan membantu pihak lain yang lebih memerlukan.

“Sumbangan sudah melebihi keperluan dan saya berterima kasih kepada semua orang ramai termasuk pembaca Kosmo!, pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Wan Nur’alyaa Syaza berkatq, pengurusan USM kampus induk sudah menghubunginya semalam untuk membela kebajikan semasa dia menyambung pengajian kelak.

Katanya, USM memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa bersedia menerima pelajar miskin untuk mendaftar tanpa perlu membuat pembayaran awal sebelum disusuli dengan bantuan lain selepas ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang anak nelayan yang sebelum ini hampir melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke USM Pulau Pinang boleh memasang semula impiannya selepas memperoleh bantuan kewangan hampir RM20,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI