fbpx

Agong sertai solat Jumaat, khutbah khas sempena Hari ATM ke-91

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat sempena Hari ATM ke-91 di Masjid Khaled bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 di Masjid Khaled bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang mengenakan baju Melayu Teluk Belanga rona biru Tiffany, iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda, disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Islandar, khutbah khas sempena Hari ATM ke-91 bertajuk ‘Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara’ telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Rashidi Bujai.

Sementara itu, bagi acara solat Jumaat pula, diimamkan oleh Imam Besar Masjid Khalid bin Al-Walid, Leftenan Kolonel Mohd. Nizam Termizi Al-Hafiz.

Majlis turut disertai seramai 2,000 pegawai dan anggota ATM serta orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI