fbpx

Agenda besar jauhkan anak muda Melayu daripada politik – Muhammad Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SANUSI ketika sidang akhbar pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Keli ke-64 di Kompleks al-Makmur di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa terdapat agenda pihak tertentu yang mahu menjauhkan anak-anak muda Melayu Islam daripada arena politik negara.

Beliau yang mendedahkan perkara itu berkata, agenda besar yang antaranya memberikan persepsi buruk terhadap orang politik itu perlu diberi perhatian kerana membawa kerugian besar kepada umat Islam di negara ini.

“Memang sekarang ini ada agenda supaya sebahagian besar daripada orang-orang Islam, anak anak kita, adik-adik kita menjauhi politik, menjauhi parti politik, pakai serah kepada orang lain, hampa buatlah kami tak minat, orang politik ini banyak tak betul, cakap bohong, ini supaya (anak-anak muda) menjauhi politik.

“Dan sebahagian yang lain (golongan) ditanamkan pula agenda menguasai politik, dan kebanyakan yang menjauhi politik itu dalam kalangan orang Islam, dalam kalangan orang Melayu, yang pulun meluaskan politik ini selain daripada ini (orang Melayu Islam),” katanya pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Keli ke-64 di Kompleks al-Makmur di sini hari ini.

Menurut Muhammad Sanusi perkara itu perlu segera dibendung kerana ia akan merugikan masa depan umat Islam di negara ini pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI