fbpx

13 kanak-kanak rumah amal pernah dil*wat – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Siasatan pihak polis mendapati seramai 13 kanak-kanak penghuni rumah amal yang diselamatkan dalam Op Global kelmarin telah diliwat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat awal yang diperoleh pihaknya mendapati hanya empat kanak-kanak terbabit dalam kes kesalahan seksual itu.

“Bagaimanapun, selepas saringan dijalankan (di Pusat Latihan Polis), kami mendapati seramai sembilan yang lain dipercayai turut diliwat.

“Setakat ini, kami sedang menyiasat dakwaan liwat terhadap 13 kanak-kanak dalam usia belasan tahun,” katanya pada sidang akhbar di Pulapol, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2007.

Setakat ini polis membuat pemeriksaan terhadap 402 kanak-kanak yang diselamatkan dan mendapati sekurang-kurangnya 10 daripada mereka menghidap autisme, orang kurang upaya (OKU) serta berpenyakit.

“Mereka (10 kanak-kanak) yang sakit ini kita telah serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global, kelmarin.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat terkemuka yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, ia susulan empat laporan yang diterima pihaknya yang dibuat di sekitar Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI