fbpx

Wanita bercinta dengan pesawat akhirnya putus selepas 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kobke pernah merancang untuk berkahwin dengan Darling dan tinggal di hangar lapangan terbang dengan pesawat itu. - Getty Images/Barcroft

BERLIN – Seorang wanita dari Jerman yang mengaku menjalin hubungan Istimewa dengan sebuah pesawat mendedahkan bahawa dia dan ‘pasangannya’ itu telah berpisah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Michele Kobke, 36, mula bercinta dengan pesawat Boeing 737-800 yang dinamakan Darling itu pada tahun 2014.

“Darling sangat menawan dan seksi bagi saya. Ia dihasilkan dengan cantik, sangat menawan dan anggun,” kata Kobke sebelum ini.

Namun kini, wanita itu berkata, dia dan Darling sudah berpisah secara baik.

“Namun, kami masih berkawan,” ujarnya.

Kobke telah didiagnosis sebagai objectophile beberapa tahun lalu. Ia merupakan sekumpulan manusia digelar parafilia yang dicirikan oleh tarikan seksual atau romantik yang bertumpu pada objek tidak bernyawa tertentu.

“Saya seorang yang normal. Saya akui pada mulanya saya fikir saya gila.

“Namun kemudian, saya mendapati bahawa saya seorang objectophile. Manusia mempunyai pelbagai cara untuk mereka menyusun perhubungan mereka.

“Apabila saya menyentuh sayapnya, tapak tangan saya serta-merta berpeluh dan berasa teruja. Saya mahu berkahwin dengannya dan tinggal di hangar (lapangan terbang) bersamanya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI