fbpx

UiTM medan cungkil cerdik pandai Melayu – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Mahathir (tengah) bergambar dengan alumni UiTM selepas majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilihat berhasil kerana ia medan mencungkil Melayu cerdik pandai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan mewujudkan ITM suatu ketika dahulu memang berhasil apabila graduan dilahirkan tidak kurang hebat berbanding universiti lain.

“Kita yakin kalau diberi peluang dan mereka berusaha maka, mereka boleh berjaya seperti orang lain. Sebab itu apabila ada gerakan nak minta ITM jadi sebuah universiti, saya setuju umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada UiTM di sini, hari ini.

Katanya, ketika di bawah pemerintahan British, bangsa Melayu dilihat lemah dari segi pendidikan, namun penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) mengubah segalanya.

Dr. Mahathir berkata, penubuhan RIDA yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencetus kepada penubuhan ITM dan UiTM kini.

“Ya, saya amat gembira kerana UiTM kini menjadi universiti terbesar sekali di Malaysia,” katanya.

Ditanya apa pesanannya kepada graduan dan penuntut UiTM ketika ini, Dr. Mahathir berkata, beliau berharap orang Melayu khususnya dapat menggunakan peluang belajar di UiTM ini sebaiknya.

Pada 26 Ogos 1999, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pada 26 Ogos lalu, genap 25 tahun transformasi nama dari ITM kepada UiTM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI