fbpx

Tukang urut ‘pegang-pegang’ pelanggan remaja kena jel lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ishak (tengah) dipenjara lima tahun atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap pelanggannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan keji seorang tukang urut melakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggannya yang merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun pada tahun lalu berbalas apabila dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ishak Abdul Rahman, 57, didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Ishak didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 10 bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah pondok di daerah Dungun pada pukul 8.45 malam, 21 Februari 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab. Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Nor Azri Mohd. Arif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI