fbpx

Semua pekerja dapat hadiah iPhone 16, jam Apple

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail telefon bimbit iPhone 16. - Foto AFP

BEIJING – Sebuah syarikat di China akan menghadiahkan setiap pekerjanya sebuah telefon bimbit iPhone 16 Pro bersama jam tangan Apple Watch Series 10, lapor portal berita MSNews semalam.

 Kakitangan Mediastorm iaitu sebuah syarikat media berpangkalan di China menerima hadiah istimewa itu.

Pengasas Mediastorm dikenali sebagai Tim mengumumkan bahawa setiap pekerja akan menerima iPhone 16 Pro termasuk pelatih selagi mereka berada di pejabat pada masa pengumuman.

Berdasarkan laporan, Mediastorm mempunyai kira-kira 100 pekerja pada 2023.

Tidak mengejutkan, netizen berasa cemburu dengan pekerja di Mediastorm.

Menariknya, ini bukan kali pertama pekerja syarikat itu menerima model iPhone terbaru daripada bos mereka.

Pada 2022 dan 2023, Tim juga memberikan iPhone 14 Pro dan iPhone 15 Pro masing-masing kepada pekerja syarikat itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI