fbpx

Sekolah agama dikaitkan syarikat terkenal di Negeri Sembilan diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Pihak berkuasa agama di negeri ini mengesyaki terdapat sekolah agama di bawah syarikat berkait dengan ‘Op Global’ tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak empat sekolah agama dan madrasah yang mempunyai kaitan dengan organisasi di beberapa daerah di negeri telah dilawati dan diperiksa oleh pasukan penguatkuasa JHEAINS.

Katanya, jabatan berkenaan masih meneruskan siasatan dan keputusan mengenainya akan dimaklumkan kelak.

“Di peringkat negeri ini, kerajaan melalui JHEINS telah pun menyiasat semua sekolah dan madrasah termasuk dikawal sebelum isu berkaitan syarikat itu timbul.

“Kerajaan mengesyaki ada antara sekolah agama ini tidak berdaftar dengan JHEAINS,” katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sembilan ke Para Sukan Malaysia (SUKMA) 21 Sarawak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serbuan polis ke atas 20 rumah amal termasuk dua di negeri ini yang disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia setahun sehingga 17 tahun.

Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri memandang serius itu terutamanya pengajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Bagaimanapun, menurutnya, JHEINS belum memutuskan tindakan lanjut terhadap sekolah agama swasta yang tidak berdaftar sama ada perlu ditutup atau sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI