fbpx

‘Saiz kotak kasut harga setengah juta, tak selera beli rumah di Malaysia’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA lantang membangkitkan isu harga rumah yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan pembeli.

PETALING JAYA – Terkejut harga rumah melambung tinggi, pelakon Diana Danielle melupakan hasrat untuk membeli kediaman sendiri buat masa ini.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 33, berdasarkan pasaran semasa dia bimbang terpaksa menanggung kerugian sekiranya mahu menjual semula aset tersebut.

“Tak ada selera nak beli rumah dalam Malaysia sekarang, semua saiz kotak kasut harga setengah juta.

“Nak jual nanti ada ke pembeli, akhirnya jual dengan menanggung kerugian,” ujarnya menerusi ciapan dalam platform X.

Tambah pelakon filem Imaginur itu, dalam situasi bergini lebih baik melabur duit dengan membeli emas berbanding rumah.

“Baik beli emas sahaja tidak sakit hati,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan kenyataan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu selain mengakui generasi muda kini semakin sukar memiliki kediaman sendiri.

“Harga rumah sekarang mahal, memang susah orang muda terutamanya yang baru berkeluarga untuk membeli rumah, kasihan,” komen netizen.

Harga rumah tak masuk akal terutamanya di Johor Bahru, tapak teres buka setengah juta, siapa mampu beli selain warga Singapura,” tulis pengguna media sosial lain.

“Awak yang artis pun rasa mahal, apatah lagi kami yang makan gaji, hanya mampu berdoa dan pasang impian sahaja,” komen seorang lagi netizen.

Diana antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangan dalam laman sosial berkaitan sesuatu isu terutama membabitkan masyarakat. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI