fbpx

Rindu, Abby Abadi sebak peluk model iras Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINDU, Abby sebak peluk model wajah seiras puteri kesayangannya, Marissa Dania Hakim.

PETALING JAYA – Tidak mampu menahan rindu terhadap Marissa Dania, pelakon Abby Abadi secara spontan memeluk seorang model seiras wajah anak perempuannya itu.

Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berbuat demikian ketika menjalani sesi fotografi bersama gadis bernama Era Sazeli yang saling tidak tumpah seperti puteri kesayangannya.

“Baru perasan wajah adik ini macam anak saya.

“Pelukan hujung rakaman itu tiba-tiba datang rindu. Ya hanya rindu,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Rata-rata pengikut sebak melihat coretan pelakon drama Gerak-Gerak Khas itu dan sependapat Era seiras Marissa.

Sekali gus perkongsian ibu kepada enam cahaya mata itu mengundang spekulasi dia dan Marissa sudah lama tidak bertemu.

“Adakah ini bermakna Abby sudah lama tidak berjumpa Marissa? Semoga akan tiba waktu keadaan kembali normal,” ujar pengikut.

“Mula-mula ingat memang bekerja dengan anak tapi bila baca kapsyen baru tahu. Tidak mengapa, akan datang dia jadi ibu dan di situlah Allah wujudkan apa yang awak rasa nanti,” tutur peminat.

“Semoga Marissa ingat ibu yang membesarkan dia dari kecil. Ingat lagi video Abby hantar Marissa ke sekolah semasa peperiksaan siap titipkan doa lagi, bila dah dewasa pandai bawa diri tinggal ibu dalam kerinduan,” jelas netizen.

Sebelum ini, menantu kepada Abby iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan ketika usia kandungan enam bulan.

Bahkan dalam kenyataan itu, lelaki terbabit berkata hanya orang tertentu sahaja mengetahui perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya, Norman Hakim.

Ramai yang menebak Abby terasa hati dengan tindakan anaknya kerana memuat naik hantaran kata-kata tentang seorang ibu yang bahagia.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Marissa sendiri meninggal komen dalam hantaran sama mempersoalkan Abby yang tidak mahu membalas mesejnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI