fbpx

‘Rambut macam kekasih Popeye? Saya tak guna duit anda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Intan Najuwa enggan peduli kritikan netizen terhadap potongan rambutnya.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa tidak kisah sekiranya netizen mahu menyamakan dirinya dengan watak teman wanita kartun popular, Popeye iaitu Olive susulan muncul dengan imej berambut pendek ketika ini.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, dia enggan ambil pusing perkara tersebut kerana selesa dengan potongan rambut sebegitu.

“Saya tak kisah orang nak cakap imej macam kekasih Popeye, Shrek ke atau macam sesiapa pun.

“Paling penting saya gembira rambut ini tidak kira panjang atau pendek. Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut.

“Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran anda dan suami,” katanya dalam TikTok.

Katanya, imej tersebut membuatkan dirinya lebih tenang malah tidak mengganggu kehidupan orang lain.

“Biarlah begini, asalkan hati saya tenang dan tak ada hasad dengki.

“Paling penting hidup saya bahagia, mungkin tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang.

“Mungkin Allah bagi ganjaran dekat saya supaya kekal tenang dan bahagia selalu,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia sempat menasihati orang ramai agar menjaga adab dan belajar memberi teguran dengan cara yang betul terhadap individu lain.

“Anda tak kenal seseorang tetapi bercakap mengenai dia, tak elok.

“Perlu belajar mengenai adab dan mungkin kena tahu cara nak tegur orang yang tidak dikenali. Bukan semua orang adalah kawan kita,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu kerap menjadi bahan bualan ramai menerusi pelbagai perkongsiannya dalam Instagram terutama selepas disahkan hamil anak pertama.

Antaranya ialah membeli belah barangan bayi di London dan rutin hariannya yang dimanjakan oleh suami tercinta iaitu, Datuk Ahmad Azraf Azman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI