fbpx

Puteri Dubai lancar minyak wangi terbaharu, Cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEIKA Mahra memperkenalkan wangian miliknya, Divorce dalam satu hantaran di laman Instagram. – AGENSI

DUBAI – Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang merupakan anak perempuan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum,  melancarkan wangian baharu dinamakan Divorce atau Perceraian susulan perpisahan beliau baru-baru ini.

Menurut akhbar Daily Mail, minyak wangi itu dilancarkan di bawah jenama milik Mahra sendiri iaitu M1.

Puteri berkenaan kemudian berkongsi botol wangian berbentuk langsing dan berwarna hitam itu bersama perkataan Divorce di bahagian hadapan kepada 985,000 pengikutnya di laman Instagram.

Para peminat mengaitkan nama minyak wangi itu kepada pengumuman cerai oleh Mahra  terhadap pemain industri, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum pada Julai lalu, dua bulan selepas mereka menimang cahaya mata pertama.

“Suamiku sayang, ketika anda sibuk bersama teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita. Saya ceraikan awak, saya ceraikan awak, saya ceraikan awak. Jaga diri,” demikian menurut status tersebut. 

Bagaimanapun, di bawah hukum Syarak wanita tidak dibenarkan melafazkan talak tiga dan hanya boleh meminta perceraian di mahkamah serta perlu mempunyai alasan munasabah.

Keluarga diraja Dubai mahupun keluarga Sheikh Mana tidak mengulas mengenai situasi tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI