fbpx

Polis serbu parti hari lahir hidang daging anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging anjing dan serpihan tulang-temulang ditemui dalam serbuan. - Instagram

DENPASAR, BALI  –  Sebuah parti hari lahir di Pulau Bali diserbu pihak berkuasa selepas menerima maklumat mengenai hidangan daging anjing yang disediakan, lapor laman berita Channel NewsAsia semalam.

Kejadian berlaku pada Sabtu lalu di Tabanan.

Pengerusi kumpulan aktivis Bali Dog Guardians (BDG), Yanti Rosmiati berkata, serbuan itu dilakukan pada waktu malam selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada seorang penduduk tempatan.

“Pada sebelah petang kami menerima laporan daripada penduduk, dan pada sebelah malam saya, pasukan BDG serta polis segera ke lokasi majlis,” katanya.

Tambah Yanti, sejurus tiba, mereka menemui sisa daging, tulang-temulang dan serpihan tengkorak anjing.

“Pada mulanya, penganjur majlis memberitahu bahawa daging anjing itu sudah tiada. Mereka menafikannya dan mengatakan semuanya sudah tiada,” ujarnya.

Beberapa tetamu majlis kemudian mengaku membunuh anjing itu dengan memukul kepalanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tabanan, I Nyoman Sumantara mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu disiasat atas dakwaan jenayah.

“Terdapat 15 orang yang disoal siasat. Menurut kenyataan mereka, daging anjing yang dimakan itu diperoleh daripada penduduk kerana haiwan tersebut garang dan sering mengejar (mereka).

“Kami masih menyiasat laporan penderaan anjing ini. Maklumat dari tempat kejadian sedang dikumpul,” kata I Nyoman. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI