fbpx

PM umum peningkatan Pemberian Khas Sabah, Sarawak mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. - Foto Facebook ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peningkatan Pemberian Khas bagi Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta masing-masing mulai tahun 2025, berbanding RM306 juta masing-masing, tahun ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, selain pengumuman tersebut, Anwar turut menekankan tujuh tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang telah selesai sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani meskipun belum menginjak usia dua tahun.

Selain itu, beliau turut memuji ketertiban sepanjang mesyuarat ini diadakan walaupun terdapat perbezaan pendapat dan intervensi.

“Mesyuarat hari ini telah dirunding secara berhemah dan penuh diplomatik bagi memastikan kestabilan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak terus kekal harmoni.

“Saya sempat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di atas kesudian untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat MTPMA63 yang pertama kali diadakan bagi tahun 2024,” tulisnya.

Pada mesyuarat itu, beliau turut diapit Ketua Menteri Sabah Datuk Panglima Hajiji Noor, dan Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Selain itu, mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh menteri-menteri persekutuan dan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Ini adalah lawatan keempat Perdana Menteri ke Sabah pada tahun ini dan lawatan terakhirnya pada 4 Ogos lalu sempena Himpunan Perdana Rakyat anjuran PKR Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI