fbpx

Pengakap P. Pinang catat rekod ikat buku sila 526 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zin (tengah) hadir pada Majlis Penutup Karnival Pengakap Pulau Pinang di Bertam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Pengakap Pulau Pinang mencipta sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menghasilkan ikatan buku sila sepanjang 526 meter melibatkan keahlian seramai 1,300 orang.

Sijil pengiktirafan diserahkan oleh pegawai MBOR, Lee Pooi Leng kepada Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin pada Majlis Penutup Karnival Pengakap Pulau Pinang Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Sukan Bertam di sini, hari ini.

Pengarah Program, Mohammed Sabhi Othman berkata, kesemua peserta terbabit terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan pengakap kelana di negeri ini.

Menurutnya, ini merupakan satu kejayaan buat seluruh ahli pengakap Pulau Pinang dalam menghasilkan ikatan asas tersebut.

“Setiap peserta memegang tali lebih kurang 30 sentimeter (cm) dan mereka berjaya mengikat dan menyambung dengan menggunakan ikatan buku sila sepanjang 526 meter dalam tempoh kurang setengah jam.

“Meskipun cuaca tidak menentu, namun usaha kira-kira 1,300 ahli berjaya ditonjolkan menerusi semangat berpasukan. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Abdul Said Hussain dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Datuk Zulkafli Kamaruddin.

Terdahulu, program buat julung kalinya itu berjaya menghimpunkan seramai hampir 3,000 ahli pengakap dari lima daerah di Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI