fbpx

Peguam akan buat permohonan ikat jamin Yusoff Rawther

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusoff ketika keluar ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk membenarkan Muhammed Yusoff diikat jamin.

Peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, permohonan itu akan dibuat apabila kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi nanti.

“Kami mohon Jabatan Peguam Negara (AGC) melihat kes Yusoff, sekiranya boleh…AGC tidak membantah permohonan jaminan,” kata peguam itu ketika ditemui selepas prosiding.

Terdahulu pada prosiding pagi Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammed Yusoff, 31, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret S.Arunjothi.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusof didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pukul 10.15 pagi pada 6 September lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman manakala Muhammad Rafique mewakili Muhammed Yusoff.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 November ini bagi sebutan kes dan laporan kimia.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya berkata, lelaki tersebut yang ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini telah direman selama enam hari sejak Sabtu lalu.

Katanya, pemeriksaan pihak polis menjumpai dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI