fbpx

Pastikan maklumat sahih sebelum salur sumbangan kepada orang susah – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Saifullah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan daripada Asyraf Wajdi kepada Wan Nur'alyaa Syaza di rumah keluarganya di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Orang ramai perlu mendapatkan maklumat sahih mengenai sesuatu bahan berita sebelum membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sumber maklumat sahih menerusi akhbar dapat membantu kumpulan sasar terutama golongan miskin untuk menerima bantuan.

Menurutnya, berita mengenai anak nelayan, Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, merupakan salah satu contoh terbaik kerana akhbar memaparkan cerita yang tepat mengenai kesusahan keluarga remaja itu.

“Kemiskinan bukan penghalang bagi pelajar untuk menggapai kejayaan dalam bidang akademik kerana pelbagai pihak yang prihatin pasti akan tampil membantu.

“Sumber maklumat sahih yang dipaparkan menerusi akhbar pasti akan disusuli dengan bantuan dan keperluan buat kumpulan sasar terutama golongan miskin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Asyraf Wajdi memberitahu, beliau sudah menghubungi Wan Nur’alyaa Syaza untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarga remaja itu selain memberi motivasi dan kata-kata semangat buatnya.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhamad Saifullah Ali menyampaikan sumbangan peribadi Asyraf Wajdi kepada Wan Nur’alyaa Syaza berjumlah  RM1,000 bagi perbelanjaan perjalanan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 4 Oktober ini.

Menurut Muhamad Saifulla , sumbangan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) kepada Wan Nur’alyaa akan menyusul kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI