fbpx

Muda Johor tidak bertanding PRK DUN Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti Ikatan Demokratik Malaysia.

JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Perkara itu diputuskan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Negeri Muda Johor dan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Muda Johor dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, Muda Johor memilih untuk memfokuskan kepada siri jelajah di seluruh daerah dalam negeri ini.

“Muda mengambil maklum tentang kekosongan kerusi DUN Mahkota, Parlimen Kluang, susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Hasil perbincangan yang telah dilakukan, kami telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam (PRK) DUN Mahkota,” katanya dalam kenyataan itu.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon parti bagi PRK DUN Mahkota.

Kelmarin, bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang juga Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI