fbpx

‘Motosikal’ sambut jari jadi dapat hadiah kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menyambut hari jadi motosikalnya dengan kek. - Foto X

NEW DELHI – Satu rakaman video menunjukkkan seorang lelaki meraikan ‘hari lahir’  motosikalnya dengan memotong kek menggunakan sebilah pisau yang dilekatkan pada tayar kenderaan tersebut, lapor portal berita India Today semalam.

Video yang tular di media sosial itu dikongsi oleh pengguna di platform X.

Ia menunjukkan lelaki itu memegang motosikalnya sambil menggerakkannya ke hadapan dan belakang.

Melalui perbuatannya, tayar hadapan yang dilekatkan pisau memotong kek tersebut. 

Lagu selamat hari jadi pula menjadi latar belakang klip video itu.

Sejumlah orang yang berada di sekeliling motosikal tersebut tidak dapat menahan senyuman melihat kejadian pelik itu.

Pengguna media sosial yang menonton video itu membanjiri ruangan komen dengan  tulisan ‘aww’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI