fbpx

Mercedes-Benz lancar E-Class generasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMANDA (kanan) pada Majlis Pelancaran Mercedes-Benz E-Class baharu di sini hari ini. Foto NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan model baharu E-Class dalam rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang dipasang dalam negara (CKD) di kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang.

Mercedes-Benz E-Class baharu itu boleh didapati dalam dua varian iaitu E 350e dan E200 yang masing-masing dijual pada harga RM418,888 dan RM355,888 termasuk 10 peratus cukai jualan bagi Semenanjung Malaysia (atas jalan tanpa insurans).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, sedan mewah PHEV itu dilengkapj dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadikan setiap interaksi intuitif dan lancar serta berkebolehan membuat ketersambungan 5G dan perstriman video.

“E Class baharu yang dilengkapi dengan PHEV itu menetapkan standard baharu bagi sebuah sedan eksekutif mewah.

“Ini lebih daripada sekadar sebuah kereta, ia adalah simbol status dan kecanggihan, direka untuk menyesuaikan dan meningkatkan gaya hidup dengan menawarkan pengalaman pemanduan yang canggih dan inovasi,” katanya ketika Majlis Pelancaran Mercedes-Benz E-Class baharu di sini hari ini.

Mercedes-Benz E 350e PHEV ini mempunyai julat pemanduan elektrik sehingga 118 kilometer (km) manakala E 200e dipasang dengan sistem ‘mild hybrid’ yangmemberi tambahan kuasa pecutan permulaan 17 kilowatt (kW) dengan kuasa maksimum 205 Nm.

Bahagian luaran Mercedes-Benz E-Class baharu ini menampilkan rekaan eksekutif mewah yang mengambil elemen dari model S-Class dengan pintunya terbenam.

Lebih menarik lagi kombinasi lampu belakang model ini berbentuk logo Mercedes-Benz tiga dimensi (3D). Kedua-dua varian dilengkapi dengan Pakej Bantuan Pemanduan Plus menjadikan setiap pemanduan pada tahap keselamatan tertinggi.

Sistem MBUX dalam E 350e boleh mengubah papan pemuka menjadi hab digital yang menarik dengan menawarkan pengalaman dalam kabin yang menarik dan futuristik.

Kedua-dua varian menampilkan pencahayaan ambien yang membaluti bahagian hadapan panel instrumen, mengalir lancar ke dalam pintu untuk mencipta suasana yang luas dan menarik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI