fbpx

Mat Sabu bimbang sektor pertanian dikuasai warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) merasmikan Konvensyen Usahawan Agro Madani di Dewan Besar UPM, Serdang hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHAR / KOSMO!

SERDANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu membidas tindakan segelintir rakyat tempatan yang menyewakan lesen perniagaan mereka dalam sektor pertanian kepada warga asing.

Menurutnya, beliau berasa bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan sektor pertanian di Malaysia terutamanya dimonopoli oleh warga asing.

“Lesen ‘Ali’ (bumiputera) tetapi yang buat ‘Baba’ (warga asing). Macam buat bendang, kita kena lihat dengan serius kenapa di Sekinchan, Selangor berjaya.

“Orang kita apabila buat kerja sendiri kadang-kadang tidak boleh (fokus), tetapi kalau kaum lain apabila mereka buat kerja sendiri, mereka (fokus) betul sampai ke malam,” katanya pada Konvensyen Usahawan Agro Madani di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Mohamad berkata, golongan muda Malaysia pula dilihat lebih gemar menyertai industri yang boleh memberikan hasil segera berbanding industri pertanian yang mengambil masa untuk mendapatkan hasil.

“Apabila kita kerja sendiri terutama dalam bidang pertanian, nilai pulangan pelaburan lambat, tapi apabila sudah mendapat hasil mereka akan stabil,” ujarnya

Dalam pada itu, Mohamad turut melahirkan kebimbangan tentang pasar-pasar awam yang dilihat dikuasai oleh warga asing sama ada secara sah atau haram.

Kata beliau, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat Malaysia yang mendapat lesen untuk berniaga seharusnya mengusahakan perniagaan hingga berjaya.

“Ini perkara yang perlu dilihat secara serius keadaan ini supaya kalau kita dapat satu peluang, Ali mendapat peluang, Alilah yang mengusahakan perniagaan itu dan Alilah yang berjaya,” katanya.

Justeru, kata Mohamad, beliau berharap Konvensyen Usahawan Agro Madani kali ini membincangkan keadaan tersebut dan mengenal pasti punca ia berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI