fbpx

Masyarakat perlu berjiwa besar isu pensijilan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Pembukaan Perkhemah Perdana Pasukan Beruniform Briged Bakti Malaysia Melaka di SMK Padang Temu, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan meminta masyarakat tidak membangkitkan lagi isu pensijilan halal kerana boleh mencetuskan ketidakstabilan politik, keamanan dan kedamaian di negara ini.

Beliau berkata, masyarakat perlu berjiwa besar menghormati perbezaan pandangan kerana paling penting adalah adab ketika menyatakan pandangan masing-masing.

Tegasnya, pihaknya sedang menyediakan laporan terperinci berhubung isu pensijilan halal yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu depan.

“Kita sentiasa menguar-uarkan kepada semua, adab berbeza pandangan itu yang penting dan di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita sentiasa tekankan adab berbeza pandangan.

“Kita boleh berbeza pandangan, namun begitu kita kena menghormati perbezaan itu, dalam erti kata lain apa yang kami hendak ajak seluruh rakyat Malaysia supaya kita berjiwa besar untuk terima kepelbagaian pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Pembukaan Perkhemah Perdana Pasukan Beruniform Briged Bakti Malaysia Melaka
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu di sini, hari ini.

Tambahnya, pihanya juga ada menerima banyak cadangan lain dan sesi libat urus yang bukan sahaja melibatkan orang politik, malah industri halal serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ini berlaku secara berterusan, cadangan ini boleh kita pertimbangkan tetapi kita lihat apa yang lebih bersesuaian daripada segi konteks dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI