fbpx

Malaysia mahu Korea Selatan kongsi pengalaman bangun industri pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kanan) bersama Seok (kiri) pada sesi kunjungan hormat semasa SDD 2024 di Seoul.

SEOUL, KOREA SELATAN- Malaysia menyatakan kesediaan untuk menerima perkongsian kepakaran daripada Korea Selatan susulan kejayaan republik itu membangunkan industri tempatan setaraf kuasa besar lain.

Perkara itu disuarakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa kunjungan hormat kepada Menteri Perolehan Program Pertahanan Korea Selatan, Seok Yong Gun.

Kunjungan hormat itu dibuat Mohamed Khaled sempena sesi Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024 yang diadakan di sini.

Menurut Mohamed Khaled, beliau mengambil kesempatan menyuarakan hasrat itu selepas Korea Selatan membangunkan industri sendiri hingga menjadi pengeluar banyak aset pertahanan.

“Saya juga minta mereka kongsi pengalaman dalam mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertahanan republik berkenaan.

“Mereka juga menyatakan bahawa AI banyak digunakan untuk kawalan sempadan bagi memerhatikan pergerakan mencurigakan di negara yang mempunyai hubungan tidak baik dengan republik itu,” katanya.

Jelasnya, menerusi teknologi AI juga, sesebuah negara boleh mengukur tahap sesuatu ancaman itu pada skala ringan atau besar, sekali gus berupaya meningkatkan tahap keselamatan seperti di sempadan.

“Memandangkan Malaysia bersempadan dengan lima negara lain, maka kita ada cabaran seperti penyeludupan, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya.

“Jadi, kita harap mereka dapat kongsi pengalaman, pengetahun dan perancangan dalam AI supaya mempunyai lebih kefahaman, seterusnya memikiran usaha melaksanakan hala tuju pertahanan negara,” jelasnya.

Terdahulu, lawatan kerja rasmi Mohamed Khaled ke Seoul juga bagi menghadiri Sidang AI yang Bertanggungjawab dalam Bidang Ketenteraan (REAIM) 2024.

Untuk rekod, REAIM merupakan platform perbincangan global dengan semua pihak berkepentingan berkaitan cara untuk memastikan aplikasi ketenteraan AI yang bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI