fbpx

Liga Super: KDN FC ‘pinjam’ Stadium Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri kini sedang menambahbaik sistem perparitan di Stadium Sultan Muhammad IV yang dijangka siap Oktober depan. - Foto ihsan UPKN Kelantan

SKUAD Kelantan Darul Naim (KDN FC) terpaksa ‘tumpang’ Stadium Sultan Ibrahim untuk dijadikan sebagai venue home bagi aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September depan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden KDN FC, Rozi Muhamad yang sudah mendapat persetujuan bersama dengan JDT susulan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.

Kata Rozi, pihak pengurusan telah mengambil pertimbangan setiap aspek dengan mengambil kira jadual perlawanan yang telah dikeluarkan oleh MFL untuk memilih SSI sebagai gelanggang tuan rumah KDN FC.

“Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses naik taraf jadi kami memohon agar venue perlawanan Liga Super dengan JDT diubah ke SSI. 

“Bagi pihak KDN FC, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberikan kebenaran dan hak kepada kami untuk menjadi tuan rumah di SSI.

“Bagaimanapun ketika ini pihak kami masih menunggu kebenaran daripada MFL berkenaan perubahan venue ini. 

“Pemilihan venue SSI ini juga dibuat memandangkan perlawanan seterusnya KDN FC adalah menentang Negeri Sembilan FC di Paroi pada 27 September 2024.

“Oleh kerana lokasi kedua-dua venue berada berdekatan maka KDN FC bersetuju mengalihkan perlawanan ke SSI kerana dapat menjimatkan kos pengurusan.

“Kami sedar bahawa permohonan ini adalah di luar kebiasaan namun kami berharap MFL dapat mempertimbangkannya dengan mengambil kira masalah penutupan venue KDN FC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI