fbpx

Lelaki Sri Lanka ‘pakai’ pasport Malaysia cuba masuk Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI Sri Lanka yang ditahan Imigresen kerana menggunakan pasport Malaysia milik individu lain untuk ke Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Sri Lanka menggunakan pasport Malaysia milik individu lain untuk keluar dari negara ini gagal apabila dia ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ketika cuba memasuki Thailand dengan menyamar sebagai rakyat negara ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd Zain berkata, pasport yang digunakan adalah tidak sah dan suspek melanggar kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memasuki dan menetap di Malaysia tanpa dokumen sah.

“Perkara ini mencetuskan kebimbangan mengenai aktiviti sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang semakin aktif dengan pelbagai cubaan menyamar bagi tujuan penipuan dan penyeludupan manusia.

“Penahanan ini adalah hasil kerjasama strategik antara JIM Kedah dan pihak Imigresen Thailand. Kami akan menyiasat kes ini dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ridzzuan berkata, kes ini memberi amaran jelas bahawa kawalan sempadan akan terus diperketatkan bagi mengekang kegiatan penyamaran dan pemalsuan dokumen.

Beliau berkata, aktiviti sindiket menunjukkan kepakaran rangkaian jenayah antarabangsa dalam memanipulasi sistem imigresen untuk tujuan eksploitasi, penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan.

“Kami tidak akan berkompromi dalam isu ini dan mana-mana individu atau pihak yang terbabit akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) akta berkenaan dan ditempatkan sementara di Lokap Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah ICQS Bukit Kayu Hitam untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, fokus siasatan adalah untuk mengenal pasti dalang di sebalik sindiket terbabit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyamaran sebagai warga tempatan bagi tujuan penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI