fbpx

Kilang haram proses buangan logam, bateri kering kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang kitar semula yang diserbu pihak berkuasa di sekitar Ijok, Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Kegiatan dua kilang kitar semula beroperasi tanpa lesen dan menimbulkan kacau ganggu bau di Ijok di sini, mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa semalam.

Operasi bersepadu itu dijalankan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kilang haram di sekitar Taman Perindustrian Bukit Badong serta Kampung Harmoni

Katanya, pemeriksaan mendapati premis itu disyaki menyimpan dan memproses buangan terjadual seperti logam, bateri kering dan papan litar plastik.

“Kedua-dua kilang itu diarah tutup serta-merta dan dikenakan kompaun atas kesalahan tiada lesen aktiviti mengilang. Kita turut melakukan sitaan iaitu satu forklift dan peralatan berkaitan sisa kitar semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamad Lutfi, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007.
kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“JAS turut mengambil sampel barangan sisa kitar semula untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut.

“Selain itu, Jabatan Imigresen melakukan tiga tangkapan warga asing bagi semakan dokumentasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI