fbpx

Kes samun Semenyih: Seorang lagi suspek ditahan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun sebuah rumah di Kampung Pasir, Semenyih di sini, pada 31 Julai lalu, diberkas semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu direman enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Katanya, suspek yang berasal dari Sabah itu ditahan di Lahad Datu.

“Suspek mempunyai 10 rekod jenayah dan kes dadah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Tribute To Tun Hanif di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis Selangor menahan dua suspek dipercayai terlibat dengan kes tersebut di Batalion 19, Pasukan Gerakan Am, Cheras, pada 1 Ogos lalu.

Sementara itu, seorang lagi suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari sama.

Pada 2 Ogos lalu, seorang lagi suspek (orang awam) telah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI