fbpx

Kes curi kabel, besi banyak di Klang Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya Rao memakaikan topi keledar kepada seorang murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang, hari ini. - Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

KLANG – Kes kecurian kabel dan besi merupakan antara jenayah paling tinggi dilaporkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 164 kes dilaporkan berkaitan jenayah itu termasuk kecurian barangan lain.

Katanya, semakan mendapati berlaku peningkatan 10 peratus iaitu 432 kes curi harta benda berbanding 391 bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Bagi kes curi kenderaan dan motosikal pula sebanyak 139 kes dicatatkan sejak Januari hingga Ogos lalu.

“Kita berjaya melakukan 29 tangkapan dalam Op Bersepadu bagi membanteras kes curi harta benda dan 29 lagi tangkapan untuk kes dadah, ” katanya kepada pemberita selepas program ride santai Hari Malaysia dan advokasi keselamatan jalan raya di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan, berlaku penurunan satu peratus iaitu 180 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu bagi kes jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, mencederakan dan samun pada  tahun ini.

Untuk kes bunuh, sebanyak tiga kes sahaja dicatatkan berbanding 8 kes pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI