fbpx

Kereta terbabas masuk kuil bukan sebab pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN tular membabitkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam sebuah kuil di Tanjung Rambutan, Ipoh hari ini.

IPOH – Polis menafikan kejadian tular membabitkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam sebuah kuil di Tanjung Rambutan di sini hari ini berpunca daripada pemandu mabuk.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris sebaliknya berkata, kejadian berlaku selepas pemandu berusia 41 tahun itu tidak sedarkan diri menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam kuil sebelum melanggar tiang sengkuap (awning).

“Laporan polis berkaitan kejadian ini diterima pada pukul 8.36 pagi tadi. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di
Kuil Arulmigusamayapura Mariamman di Tanjung Rambutan membabitkan kereta yang terbabas sendiri.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta dipandu penjawat awam yang dalam perjalanan dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala ke Changkat Kinding itu tidak sedarkan diri apabila melepasi lampu isyarat.

“Berdasarkan rekod perubatan, lelaki itu merupakan pesakit kencing manis dan dipercayai mengalami gejala hipoglisemia semasa kejadian berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, beberapa gambar dan video kejadian itu tular di media sosial hari ini berserta keterangan yang berbunyi ‘Melayu mabuk masuk kuil Hindu langgar lepas tu tidur…Tanjung Rambutan Maha Mariaman Temple, Ipoh Perak’.

Katanya, dalam kejadian itu, tiada mana-mana pihak mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI