fbpx

Kane bangkit tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) berjaya meledak dua gol membantu England menewaskan Finland 2-0 awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Dua jaringan Harry Kane dalam penampilan ke-100 di pentas antarabangsa mengesahkan kemenangan 2-0 buat England ke atas Finland pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Kane yang berdepan kritikan ketika siangan Euro 2024 menjelaskan dia sentiasa dahagakan jaringan dan menganggap pertemuan dengan Finland kali ini sebagai detik istimewa buatnya.

“Saya bangga apabila dapat kaps (antarabangsa) ke-100 dan ini menjadi malam yang sempurna buat saya. Saya mahu jaringkan gol untuk bantu pasukan dan pada akhirnya saya mampu melakukannya.

“Setiap kali ada keraguan tentang kualiti saya, sudah pasti ia akan menjadikan saya semakin bermotivasi untuk membuktikan tanggapan mereka adalah salah. Sekarang saya buktikan saya masih mampu bermain di tahap tertinggi,” katanya.

Bukan sahaja prestasi penggempur Bayern Munich itu meningkat, malah pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold yang bergelut ketika di bawah kendalian Gareth Southgate turut menampilkan aksi berbeza untuk menghadirkan kejayaan buat England.

Walaupun menghasilkan kemenangan bersih dalam dua aksi awal, namun pengendali The Three Lions, Lee Carsley enggan berasa selamat kerana perlu kekal mendapatkan keputusan positif selepas ini.

“Sudah pasti saya belum rasa selesa dan mahu keluar daripada zon selesa. Seronok apabila saya dapat memastikan kami dapat menyerlahkan kualiti terbaik buat pasukan.

“Kami sekadar mencuba untuk melakukan tugas dengan baik dan pastinya bagus apabila kami mampu dapatkan dua keputusan baik pada kali ini,” kata Carsley.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI