fbpx

‘Kalau ayah ada duit, saya akan masuk USM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nur’alyaa (tengah) bersama ibu bapanya menunjukkan slip tawaran sambung pengajian ke USM ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tok Bali, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Kemiskinan menyebabkan seorang anak nelayan yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 sukar untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang awal bulan depan.

Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, berkata, kehadirannya pada hari pendaftaran di USM pada 4 Oktober ini bergantung kemam­puan bapanya, Awang Mat Nor, 62, yang tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai nelayan.

“Saya gembira selepas mendapat tawaran program Pengajian Sarjana Muda Sastera di USM pada 6 September lalu, namun keluarga saya tak mampu.

“Saya mempunyai adik-beradik lain yang hanya bekerja di kampung ini, tetapi mereka pun sudah berkeluarga dan tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Tok Bali, di sini semalam.

Wan Nur’alyaa merupakan anak bongsu daripada empat beradik adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku dan memperoleh Purata Nilai Gred Ke­seluruhan 3.92 pada STPM 2023.

Awang pula berkata, pendapatannya sebagai nelayan antara RM30 hingga RM50 sehari sahaja dan jumlah itu ha­nya cukup untuk kegunaan ha­rian keluarga.

“Kadangkala saya pulang tangan kosong, sekali gus sukar untuk menabung wang. Saya terkilan sekiranya Wan Nur’alyaa gagal ke USM.

“Saya dan isteri cadang buat jamuan makan laksa bagi memungut derma untuk tujuan berkenaan, namun kudrat dan kekangan kewangan ketika ini amat terbatas,” ujarnya.

Tambah Awang, anaknya sudah mengisi borang permohonan bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi meringankan bebanan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB milik Wan Nur’alyaa 7648822189 atau hubunginya di talian 013-787 1229.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI