fbpx

Juara Grand Slam mahu jadi No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA berada di landasan tepat untuk mencabar kedudukan ranking pertama dunia milik Swiatek selepas menjuarai Terbuka AS. - AFP

LONDON – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka mengakui dia mempunyai impian yang lebih besar apabila berhasrat untuk kembali menduduki tangga teratas ranking dunia terutama memintas pencabarnya, Iga Swiatek.

Ketika ini, Sabalenka dalam momentum terbaik apabila baru sahaja merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) sejurus menewaskan pemain tuan rumah, Jessica Pegula di pentas final.

Kemenangan tersebut menjadikan Sabalenka sebagai pemain wanita pertama yang memenangi dua kejuaraan di gelanggang keras dalam tahun yang sama selepas menjuarai Grand Slam Terbuka Australia pada awal tahun ini.

“Apa yang pasti, saya masih dahagakan kemenangan. Matlamat seterusnya ialah cuba menjadi pemain No. 1 dunia sekali lagi. Tetapi, saya tidak mahu terlalu membincangkan perkara ini.

“Saya hanya mahu terus memperbaiki teknik permainan saya dan menjadi lebih baik pada setiap hari,” kata Sabalenka.

Dalam pada itu, Sabalenka turut mengakui selepas merangkul gelaran ketiga Grand Slam dalam kariernya, dia akan berehat beberapa hari sebelum memberi tumpuan menghabiskan musim 2024 dengan kejayaan tertinggi.

“Saya akan berehat beberapa hari supaya saya dapat menikmati kemenangan ini, lupakan tenis seketika dan simpan tenaga ini hingga akhir musim. Enam minggu tidak lama,” ujarnya.

Sabalenka kini berada di kedudukan No.2 dunia, ketinggalan 2,619 mata di belakang Swiatek yang sudah menguasai ranking pertama dunia selama 120 minggu.

Sebagai rekod, Sabalenka pernah menduduki ranking No. 1 dunia tetapi untuk tempoh singkat iaitu selama lapan minggu pada tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI