fbpx

JAIS ambil tindakan sewajarnya terhadap sekolah syarikat terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sekolah-sekolah yang terlibat dalam Op Global yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. ShahzihanMohd. Shahzihan Ahmad berkata, tindakan akan dibuat mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988.

Menurut beliau, sebanyak lapan buah sekolah yang disyaki di bawah syarikat terkenal yang disiasat PDRM sebelum ini.

“Dua daripadanya telah menutup operasi secara sukarela, manakala dua lagi telah tamat pendaftaran.

“Manakala sebuah sekolah ditarik pendaftaran dan baki masih lagi beroperasi sehingga 2028,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, dua daripada sekolah premis yang diserbu PDRM semalam iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah didaftarkan dengan JAIS pada Januari 2015 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2025.

Sekolah berkenaan terdiri daripada 12 guru dan kakitangan serta 104 pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan silibus JAIS.

“Sepanjang pemantauan dibuat di sekolah tersebut pada 13 Januari dan 23 Mac tahun lepas serta 26 Julai lalu mendapati tidak wujud sebarang penyelewengan yang dikesan.

“Manakala, sebuah lagi sekolah iaitu Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly telah didaftarkan pada 12 November 2014 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember tahun ini.

“Maahad ini terdiri daripada 3 orang kakitangan dan 54 pelajar lelaki dengan menggunakan kurikulum tahfiz sendiri,” jelasnya.

Tambah Mohd. Shahzihan, susulan serbuan ke atas 18 buah premis tersebut juga, JAIS telah berbincang dengan PDRM supaya barang -barang rampasan yang berkaitan dengan kepercayaan dan amalan ahli-ahli GISBH diserahkan kepada pihaknya.

Tegasnya, ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 7, 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan aktiviti ahli syarikat itu sentiasa dipantau oleh JAIS berikutan wujudnya kaitan antara mereka dengan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’.

Istitabah yang diuruskan oleh JAIS pada 8 November 2013 tidak pernah membatalkan fatwa tentang kepercayaan dan amalan yang melibatkan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’.

“Berhubung dengan isu berakit syarikat yang sedang tular, JAIS telah meneliti 19 video yang dimuat naik di media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS).

“Penelitian dibuat bagi mengukuhkan lagi hasil siasatan sedia ada dan bagi mendapatkan keterangan daripada individu atau pihak-pihak lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI