fbpx

Indonesia perlu 15 mata ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA berjaya mengikat Australia pada aksi Selasa lalu selepas mengikat Arab Saudi pada aksi pertama dan bakal menentang Bahrain dan China bulan depan. - AFP

JAKARTA – Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir menyeru agar pasukan kebangsaan tidak mendabik dada sebaliknya fokus untuk memburu minimum 15 mata jika mahu mara ke pentas Piala Dunia 2026 nanti.

Sebagai rekod, skuad Sang Garuda mendapat pujian ‘menggunung’ apabila berjaya mengikat Arab Saudi dan Australia dalam saingan kelayakan Kumpulan C baru-baru ini meskipun menduduki ranking ke-133 dunia.

Keputusan tersebut menyaksikan Indonesia berjaya memulakan saingan kelayakan tanpa tewas dengan meraih dua mata berharga untuk berada di kedudukan keempat Kumpulan C ketika ini.

Menurut Erick, pujian wajar diberikan kepada barisan pemain dan jurulatih yang bekerja keras untuk memastikan sejarah baharu dapat dicipta apabila tidak tewas kepada dua negara gergasi benua Asia itu.

“Saya sangat gembira menyaksikan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang dua perlawanan lepas. Kini, kita berjaya dapat dua mata berharga tetapi tumpuan harus dikekalkan pada aksi akan datang.

“Secara realistik, saya rasa kita perlukan 15 mata minimum jika mahu mara ke Piala Dunia. Ini kerana hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang akan layak secara automatik.

“Jika gagal, kita boleh memburu kedudukan ketiga dan keempat kumpulan tetapi perlu bersaing sekali lagi di pusingan kelayakan seterusnya,” katanya dipetik media tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI