fbpx

[VIDEO] Hiba luar mahkamah Abang Bas berpelukan dengan bapa, kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa dan kakak Abang Bas berpelukan selepas selesai pendakwaan di Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpang bas yang merupakan murid sekolah rendah perempuan hiba memeluk ayah dan kakaknya selepas pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Selepas selesai pendakwaan, ahli keluarga ‘Abang Bas’ iaitu ayah dan kakaknya dilihat memeluk lelaki itu dan suasana bertukar hiba kerana masing-masing menangis.

Sebelum kenderaan membawa ‘Abang Bas’ meninggalkan mahkamah, lelaki itu sempat memberikan ‘mini love’ kepada ahli keluarganya.

Selasa lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Muar dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Manakala pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagaimanapun, dia juga mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ini dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000, namun gagal membayarnya.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki yang juga pemilik akaun ‘Abang Bas’ dengan lebih 640,000 pengikut di platform berkenaan sering memuat naik video jelas memaparkan wajah murid yang menjadi penumpangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI