fbpx

Heret penjenayah alam sekitar ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Pasukan Hazmat memantau kualiti udara di SK Kampung Maju Jaya berhampiran Sungai Tebrau di Johor Bahru semalam. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Penduduk di Kampung Maju Jaya, di sini, yang terjejas akibat pencemaran bau dipercayai berpunca bahan kimia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya walaupun kini keadaan sudah semakin pulih.

Seorang penduduk, Fakhruddin Aman, 30, berkata, dia berasa lega selepas keadaan di kampung itu sudah sedikit pulih berbanding empat hari lalu.

“Walaupun keadaan di sini sudah kembali normal, saya berharap agar pelakunya diberikan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

“Bayangkan kehidupan kira-kira 3,000 penduduk dari kira-kira 730 buah kediaman di Kampung Maju Jaya terjejas berikutan sikap tidak bertanggungjawab pihak lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, penduduk juga terkilan apabila terdapat murid sekolah terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kejadian sama.

KERJA pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika, Johor Bahru akan mengambil masa selama tujuh hari.

Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, kualiti udara di kampung itu semakin baik dan segar berbanding dua hari lalu.

“Alhamdulillah sudah tiada bau lagi, diharap keadaan hari ini (semalam) berterusan dan tiada lagi pencemaran berlaku.

“Namun, saya menasihatkan penduduk agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan. ibu bapa tidak perlu bimbang tentang anak-anak mereka tetapi sentiasa memantau aktiviti di luar,” katanya.

Katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya juga dijangka dibuka hari ini setelah dua hari ditutup, namun bergantung kepada pemakluman pihak PPD.

Sementara itu, anggota Pa­sukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Larkin telah mengambil bacaan udara de­ngan menggunakan alat Gasmet di sekitar Sungai Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya.

Menurut Pegawai Bomba, Syed Hafez Assadullah Syed Ali Hanafiah, bacaan kualiti udara di kawasan tersebut dalam keadaan normal dan tidak ada bacaan udara tercemar.

“Pemantauan telah dilakukan kira-kira setengah jam di sekitar Sungai Tebrau dan persekitaran sekolah dan bacaan pada Gasmet adalah normal,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI