fbpx

Global Ikhwan buat laporan polis kes serbuan di rumah amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara premis yang diserbu pihak berkuasa ketika Op Global sekitar Negeri Sembilan dan Selangor semalam.

PETALING JAYA – Global Ikhwan Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) menafikan tuduhan bahawa ada penghuni rumah amal kendalian syarikat itu menjadi mangsa liwat dan dipaksa meliwat penghuni lain.

Ini kerata kata GISBH, rumah amal tersebut bukan dibawah kendalian pihaknya malah bukan menjadi dasar syarikat itu untuk merancang dan melaksanakan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

Tambahan pula katanya, GISBH sentiasa berusaha memastikan ‘Islam Sebagai Cara Hidup’ diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan.

“Laporan polis akan dibuat agar siasatan dilakukan dan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang sengaja berniat jahat untuk mencemarkan nama baik GISBH,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, GISBH berkata, ia juga merupakan tuduhan berat untuk menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat sekaligus mewujudkan persepsi negatif terhadap syarikat itu.

Malah katanya, GISBH yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat itu.

“Kami berdoa kepada Allah SWT agar pihak yang melakukan perkara ini segera insaf dan bertaubat serta berhenti dari terus memfitnah kami.

“Semoga negara ini terus terpelihara daripada perpecahan dan persengketaan sesama akibat daripada isu-isu yang ditimbulkan ini,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global semalam.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata rumah amal terbabit menggunakan sentimen agama dan kanak-kanak untuk menagih simpati serta sumbangan orang ramai.

Dalam serbuan bermula pukul 6 hingga 11 pagi semalam itu, mangsa dipercayai diajar meliwat, diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI