JANGAN buat Rozita Che Wan atau Che Ta mengamuk sebab memang buruk padahnya apabila dramatis jelita itu naik hantu.
Terbaharu, isteri kepada aktor Zain Saidin itu mendedahkan identiti seorang lelaki yang didakwa membantu dua pembantu rumah adiknya, Ayu Raudhah melarikan diri, bulan lalu.
Che Ta turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun Facebook milik individu dimaksudkan.
Berharap orang ramai berwaspada, pelakon drama Kiah Pekasam itu turut meminta netizen menularkan perkara tersebut.
Sebelum ini, Che Ta ada mendedahkan polis mengesan lokasi dua pembantu rumah warga Indonesia yan melarikan diri dari kediaman Ayu pada 21 Ogos lalu.
Malah, Che Ta juga mendakwa menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), terdapat lelaki menaiki kereta berwarna hitam mengambil bekas pekerjanya itu.
MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tonton filem terbaharu, Joker: Folie à Deux.